Kisah Seram - Penunggu Taman

 

- Nama saya Niesa Sazalee. Saya berasal dari Taman Molek, Johor Bahru
dan saya sekarang masih berumur 14 tahun (tahun 2011). Saya ada kisah
seram yang saya ingin kongsi ..Kisah ini bukan berlaku pada saya
tetapi berlaku pada teman rapat saya yang bernama Sara dan sekarang
dia telah berpindah sekolah. Kisah ini berlaku pada tahun lepas iaitu
tahun 2010, bulan Mei, sewaktu kami hendak menghadapi Peperiksaan
Pertengahan Tahun. Jadi rakan saya ini telah pergi ke rumah makciknya
di Taman Mount Austin, Johor Bahru seminggu sebelum peperiksaan
bermula.

Pada malam tersebut, dia pergi ke rumah makciknya bersama ibu, abang
dan adik2nya yang lain. Setelah sampai di rumah makciknya, dia telah
meminta izin ibunya yang dia hendak pergi belajar bersama abangnya
bernama Hafiz di taman permainan. Jadi ibunya izinkan dia pergi tetapi
memesan agar jangan balik lambat sangat sebab dah hampir lewat malam
dan ibunya risau jika ada perkara yang tidak diingini berlaku. Setelah
diizinkan dia pun pergi bersama abangnya ke taman tersebut yang tidak
berapa jauh dari rumah makciknya.

Setelah sampai, abangnya pun bersuara "Alhamdulillah!" Kemudian rakan
saya ini cakaplah dengan abangnya. "Kenapa Hafiz?" "Tengok tuh! Ada
seorang akaklah kat meja bulat!" Jadi rakan saya ini pun cakap,
"Jomlah kita pergi kat akak itu!" Kemudian dia mendekati dengan kakak
itu. "Hai akak! Seorang saja ke dekat sini? Boleh kami duduk?" jawab
rakan saya. Kemudian kakak tu pusing dan senyum sambil menjawabk
"Ha'ah. Akak seorang saja! Duduklah!". Jadi rakan saya dan abangnya
pun tak fikir yang bukan2 dan terus duduk. Rakan saya dan abangnya ini
duduk berbual dengan kakak tersebut.

Kawan saya ni mula bosan dan tak jadi nak belajar sebab abangnya asyik
melayan kakak yang ada di sebelahnya. Dah bosan waktu itu, dia pun
membelek2 pena di jarinya. Pena itu terjatuh di sebelah akak tersebut.
Bila dia nak ambil pena itu, alangkah terperanjatnya dia bila dia
ternampak kakak itu TIDAK ADA KAKI! Terus meremang bulu romanya. Dia
tengok sekeliling untuk mencari siapa yang boleh bantu kakak ni pulang
ke rumah. Di tempat kakak tersebut duduk, tak ada kerusi roda pun
dekat dengan akak tersebut. Kalau kakak ni tak ada kaki, tak ada orang
yang nak tolong dan tak ada kerusi roda, macamana dia nak pulang
nanti?

Kawan saya ni rasa pelik dan tak sedap hati. Dia tak berani nak cakap
dengan abangnya yang dia nak balik. Takut2 kalau kakak itu perasan.
Jadi dia mesej abangnya! "Wei Hafiz! Balik jom aku tak sedap hatilah!"
Abang dia pun balas mesej tersebut, "Ok. Jom!" Jadi teman saya punya
abang, si Hafiz ni cakap dengan kakak tu, "Akak kami nak minta diri
dulu ya! Dah lewat malam ni! Bye!" Dia terus bangun dengan adiknya.
Kemudian, kakak itu jawab "Ok. Bye!" Sewaktu mereka jalan beriringan
nak keluar dari taman, abang teman saya ni cakap dengan adik dia
"Kenapa Sara? Cakaplah! Cakaplah!" Sara ni pulak tak nak cakap apa
yang dah terjadi. Dia pun jawab. "Nantilah! Kat rumah aku cerita!"

Bila mereka dah keluar dari taman, akak tadi pun bersuara dengan nada
yang sangat halus dan menyeramkan "HEI! KAU NAK BALIK KE, KAU DAH TAHU
AKU TAK ADA KAKI?" Bila kawan saya dan abangnya dengar kakak tersebut
cakap begitu, dia tak berani nak toleh ke belakang. Pandang, jeling
pun dia tak mahu! Dia terus lari, "Cepat Hafiz! Cepat!" Mereka pun
lari lintang-pukang. Sampai di rumah mereka ketuk pintu rumah
sekuat2nya. Ibunya tanya, "Kenapa ni tercungap2?" Teman saya tak mahu
jawab! Dia menangis kerana terperanjat dan takut! Bila dia ditenangkan
oleh ibu dan makciknya, ibunya tanya sekali lagi. "Sara, jawablah!
Kenapa nangis-nangis ni?" Kemudian dia jawab, "Masa Sara dekat taman
dengan Hafiz tadi, Sara nampak hantu tak ada kaki!" Ibunya terperanjat
dan memintanya menceritakan perkara sebenar.

Sara pun menceritakan segalanya pada ibunya apa yang berlaku.
Kemudian, makciknya cakap, "Itulah kau! Pergi taman tadi tak baca doa!
Kat taman itu, memang ada penunggu! Dah ramai orang yang kena!" Teman
saya si Sara ini diam seribu bahasa. Dia tidak tahu hendak cakap apa.
Dia amat terkejut dengan apa yang berlaku. Itulah saja kisahnya.
Sekian, Terima Kasih dan Selamat Malam!
LihatTutupKomentar