- Kisah ini bukan terjadi kepada saya tetapi kepada kenalan saya yang dah saya anggap macam ahli keluarga sendiri. Kisah ini terjadi dua tahun yang lalu dan isteri sayalah yang menceritakannya pada saya. Untuk mendapatkan kepastian, saya bertanya sendiri kepada tuan punya badan, iaitu kenalan rapat kami yang bernama Bart dan beliau telah mengesahkannya.
Begini perbualan kami:
“Bart, aku dengar kau sakit, demam hari tu, kenapa?"
“Sakit sikit je...” jawabnya ringkas.
Tak puas hati, saya pun bertanya lagi, “Umm… sikit? Macamana boleh demam ni? Lain macam je ni..."
“Memang... Demam pasal hari tulah…”
Tanya saya lagi, “Hari tu? Hari apa pulak sampai kau boleh demam ni? Isteri aku cakap kau tersampuk… Betul ke ni?”
Bart berkata, “Ni lagi teruk dari tersampuk..." lalu Bart bercerita dan inilah ceritanya...
“Aku pandu teksi sampai malam, macam selalu. Hari tu pulak aku pandu dekat kawasan Bedok Reservoir yang dekat dengan pasaraya Sheng Siong. Masa tu dah dekat pukul 11:30 malam. Tengah pandu, ada seorang perempuan muda tahan teksi aku..."
Saya pun bertanya, “Perempuan muda? Melayu ke Cina?"
Bart menjawab, “Aku agak dalam awal 20an tahun. Kulit dia cerah, sekali imbas macam orang Melayu tapi aku tak berapa cam muka dia pasal kawasan situ gelap sikit...”
Bart pun sambung ceritanya, “Aku pun berhentikan teksi, turunkan tingkap pintu depan (penumpang) dan bertanya, 'Where to, miss?' Perempuan yu tak menjawab tapi buka pintu belakang teksi dan terus duduk, kepala tersandar dekat cermin pintu. Aku pun naikkan tingkap pintu depan (penumpang) dan tanya sekali lagi, 'Where do you want me to send you?” Perempuan tu menjawab dengan suara yang lemah lembut. 'Abang tolong hantarkan saya ke Sengkang...'
Bart berkata pada saya, “Macam selalu, aku suka berborak dengan penumpang, tak kira bangsa jadi pandu teksi tak bosan. Kau tau Min, bayangkan budak muda, suara lemah lembut, orang Melayu, dapat berbual lagi. Tak syok ke?"
Saya mencelah, “Itu yang kau mula layan tu..." Bart sambung, “Aku layan berbual aje… Banyaklah yang kita perbualkan. Sampailah dekat Tampines tu, yang dekat dengan Politeknik Temasek tu, tiba-tiba ada motorsikal pintas teksi aku...”
Saya sampuk lagi, “Habis tu... Kau langgar motor tu?”
Bart menjawab, “Tak lah... Tapi aku pun apalagi, membebel pasal bahayanya menunggang motor macam tu. Perempuan tu cakap, dia pun naik motor tapi tumpang aje, tunang dia yang bawak motor tu... Aku pun nasihatkan dialah bahayanya naik motor ini lebih-lebih lagi darah muda, selalu nak bawak laju aje. Lagipun motor ni tak ada perlindungan, kalau kemalangan pasti teruk punya kes... Perempuan tu diam aje tak bersuara… sampailah dekat dengan satu lampu trafik, kau tau apa dia cakap Min? Ada ke dia cakap macam ni:
'Kat sini lah saya kemalangan...'
Bart menjawab pada perempuan itu: “Kemalangan??? Dengan tunang awak? Bila...?"
Perempuan itu bersuara dengan sayu, “Dengan tunang… Baru-baru ni... Dia hantar balik rumah pat Sengkang..."
Bart berkata sambil memandang cermin kereta, “Habis tu macam mana? Tak apa-apa? Dah buat laporan?”
Perempuan itu berkata dengan nada yang sedih dan sayu, “DUA-DUA HABIS…”
Bart kata dia terus terdiam… Tak berani hendak memandang cermin kereta. Badan dah rasa lain macam dan tertanya dalam hati, “Kalau DUA-DUA HABIS…M aknanya MATI... Habis tu siapa si perempuan kat belakang ni…???" Perasaan takut sudah mula terasa... Seram sejuk satu badan. Bart meneruskan perjalanan memandu ke arah Sengkang. Keluar dari lebuhraya TPE membelok ke Sengkang, Bart menghentikan teksinya di satu simpang.
Dia terus keluar dari teksi dan membuka pintu belakang teksinya… Ternyata tidak ada seorang penumpang pun di tempat duduk belakang, yang ada cuma bau kapur barus. Bart tidak mempunyai cara lain melainkan bertawakal dan memandu teksinya terus ke rumah.
Sekian,