Misteri Kembara Aneh Seorang Lelaki

 

Sepanjang memandu kereta selepas menurunkan anak perempuan di Klinik Kesihatan Ayer Molek Misteri Kembara Aneh Seorang Lelaki
 
Melaka: “Sepanjang memandu kereta selepas menurunkan anak perempuan di Klinik Kesihatan Ayer Molek, saya tidak berasa pelik, malah nampak lampu isyarat dan sebagainya sehinggalah kereta terbabas ke dalam gaung di Labis, Johor jam 12 tengah malam,” kata pesara guru Abdul Malik Abdullah, 74, menceritakan pengalaman aneh dilaluinya selepas dilaporkan hilang lebih 13 jam, kelmarin.
Menurut Abdul Malik, sebelum itu, dia menghantar anak perempuannya Syamilah, 30, bagi melakukan pemeriksaan kesihatan di Klinik Kesihatan Ayer Molek, Melaka jam 10.30 pagi.
Katanya, sejurus itu, dia seolah-olah tidak menyedari apa yang berlaku dan terus memandu, malah ketika dalam perjalanan itu, dia sendiri tidak menyedari destinasi ditujui.
“Sebaik tiba di suatu tempat, saya secara tiba-tiba bertemu seorang remaja yang berkata ‘jalan sini bagus’ dan langsung tidak membantah dan terus memandu sendirian dan memang menyedari berada di sekitar kawasan Alor Gajah,” katanya di rumahnya di Kampung Tengah, Paya Dalam, Ayer Molek, semalam.
Abdul Malik berkata, dia langsung tidak berasa apa-apa luar biasa sehingga teringat belum menunaikan solat Zuhur pada jam 3.30 petang.
Menurutnya, dia terus mencari surau sebelum ternampak sebuah surau di satu lorong kira-kira 150 meter dari jalan besar lalu.
“Saya tidak nampak sesiapa di surau itu dan terus mengambil wuduk untuk menunaikan solat sebelum saya meneruskan perjalanan dan menyedari telefon bimbit asyik berdering, tetapi tidak mengendahkan panggilan itu.
Menyambung kembali pengalaman anehnya itu, pesara terbabit berkata, dia hanya sedar semula sebaik kereta dipandunya terbabas ke dalam gaung di satu kawasan gelap jam 12 tengah malam.
“Anehnya, sebaik kereta menggelongsor ke dalam gaung, saya menyedari kemungkinan tidak ada orang akan membantu saya selain tidak cedera,” katanya.
 
Sumber : Metro
LihatTutupKomentar